HARI PELAPORAN SRI-SMI AL-IRSYAD BALOK akan diadakan pada Sabtu, 25 September 2010 jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari di kelas anak masing-masing.
Semua ibubapa/penjaga pelajar SMAIB diminta hadir bagi penyerahan slip peperiksaan Ujian Penilaian 2.
Falsafah Pendidikan
Posted by
Akademi Pendidikan Irsyad Balok
|
/
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA |
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. |
FALSAFAH PENDIDIKAN SRAIB |
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidkan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. |
MATLAMAT PENDIDIKAN SRAIB |
Adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan soleh yang dapat menjalankan tanggungjawabsebagai khalifah Allah di atas muka bumi.
SEJARAH PENUBUHAN SRAIB
Posted by
Akademi Pendidikan Irsyad Balok
|
/
Sejarah
Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah ditubuhkan pada Januari 2000 bermula daripada cadangan Ustaz Shukri Jusoh (Mudir SRAI Kuantan). Cadangan ini telah disambut baik oleh Doktor Syed Badaruddin, Tuan Haji Faiz Badaruddin, Tuan Haji Khasbullah Abdul Kidir dan beberapa orang lagi.
Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah lahir di atas kesedaran dan keprihatinan masyarakat setempat terhadap pendidikan berterskan Islam di dalam pembentukan anak-anak. Sekolah ini telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dengan nombor pendaftarannya 0175/03.
Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah memulakan operasi di peringkat awal dengan bilangan seramai 25 orang murid dan 3 orang guru serta menyewa sebuah rumah berhanmpiran dengan surau Kampung Chengal Lempong.
Pada tahun kedua penubuhannya, SRAIB telan menerima sumbangan wakaf sebuah bangunan yang mempunyai 6 buah kelas di atas tanah lot yang beralamat 12/1224 Kampung Chengal Lempong. Pada tahun berikutnya, SRAIB telah mempunyai sebidang tanah seluas tiga ekar yang telah diwakafkan khas daripada dua orang dermawan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayun Pahang (MAIP).
Sehingga kini, SRAIB mempunyai 14 buah kelas dengan jumla pelajar seramai 340 orang iaitu 198 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan. Bagi jumlah kakitangan SRAIB pula terdiri daripada 29 orang termasuk kakitangan akademik dan pembantu am. Dari sudut prasarana dan fasiliti, SRAIB telah mempunyai sebuah pejabat, kantin, perpustakaan dan makmal ICT yang menempatkan 12 unit komputer sebagai kegunaan untuk pelajarnya.
Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) amat memerlukan sokongan padu daripada banyak pihak untuk terus berkembang maju dan subur bagi menjadi wadah untuk mendidik dan menerapkan nilai agama Islam yang tercinta ini kepada anak-anak yang bakal menjadi penyambung kepada generasi muttaqin.
Subscribe to:
Posts (Atom)